Menerusi satu hantaran dimuat naik Autolifethailand di Facebook, kereta yang bakal dilancarkan di Thailand itu akan dihadiri bersama sistem Safety Sense dan juga Adaptive Cruise Control Stop & Go.
Toyota Yaris ATIV ini juga dikatakan hanya menggunakan enjin sebesar 1.2 liter.
Bukan itu sahaja, kereta ini juga ditawarkan dengan empat varian yang berbeza iaitu 1.2 SPORT, 1.2 SMART, 1.2 PREMIUM dan 1.2 PREMIUM Luxury.
Lebih menarik lagi, warna merah serta hitam yang digunakan sebagai warna dalaman kereta membuatkan reka bentuk Toyota Yaris ATIV ini tampak lebih bergaya dan premium.
Cantik teruk model Yaris ATIV ni. Tak sabar nak tunggu model ni untuk masuk dalam pasaran Malaysia.