Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Malaysia (JPJ) telah kongsikan senarai model-model kenderaan yang dipanggil semula. Agak-agak kereta korang ada tak?
Menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi, JPJ tegas mengatakan agar kenderaan-kenderaan yang mereka senaraikan ini segera menghubungi wakil pengedar yang sah.
Berikut adalah senarai kendaraan bagi pelbagai model yang terlibat :
Mercedes-Benz C-Class (203 platform) | Keluaran 2001-2011 | 8 unit
Mercedes-Benz CLK (209 platform) | Keluaran 2001-2011 | 2 unit
Mercedes-Benz CLS (219 platform) | Keluaran 2001-2011 | 18 unit
Mercedes-Benz E-Class (211 platform) | Keluaran 2001-2011 | 21 unit
Mercedes-Benz CL-Class Coupe (203 platform) | Keluaran 2001-2011 | 2 unit
Mercedes-Benz GLE/MI (166 platform) | Keluaran 2001-2019 | 524 unit
Mercedes-Benz GLE Coupe (292 platform) | Keluaran 2001-2019 | 305 unit
Audi
Audi Q5 (8R) | Keluaran 2008-2017 | 1,129 unit
Audi A4 (8D) | Keluaran 1996-2001 | 304 unit
TT (8N) | Keluaran 1998-2001 | 21 unit
A5 (8T) | Keluaran 2010-2012 | 4 unit
A6 (4B) | Keluaran 1996-2001 | 144 unit
A8 (4D) | Keluaran 1996-2001 | 1 unit
A6 (4F) | Keluaran 2005-2011 | 371 unit
A4 (8E) | Keluaran 2005-2008 | 487 unit
TT (FV) | Keluaran 2015-2017 | 307 unit
Honda
Honda ADV750LM | Keluaran 2015-2017 | 261 unit
Suzuki
Suzuki Hayabusa GSX1300R | Keluaran 2021-2023 | 15 unit
Sekiranya kenderaan anda terlibat dalam aktiviti Product Recall seperti di atas, sila hubungi wakil pengedar yang sah untuk temujanji bagi proses penukaran komponen tersebut.
Haa, kalau kereta korang tersenarai ,cepat-cepatlah pergi hubungi wakil pengedar yang sah untuk buat temujanji bagi proses penukaran komponen yang perlu ditukar itu. Dah nak raya ni!