Bagi sesiapa yang berniat untuk membeli Honda City ataupun Accord, ada berita baik buat korang kerana Honda Malaysia baru saja mengumumkan pilihan warna baru bagi dua model ini dan akan menggantikan dengan warna yang sedia ada.
Menurut laporan Pandu Laju, warna Meteoroid Gray Metallic telah diperkenalkan bagi menggantikan warna Modern Steel Metallic. Pergh! Nampak lebih garang.
Bukan tu jer, terdapat juga pilihan warna merah yang dikatakan lebih ‘gah’ iaitu Red Metallic bagi menggantikan warna Passion Red Pearl.
Apa pandangan korang? Apapun, dekat Malaysia ni apa-apa jenis kereta pun tak boleh kalahkan ‘King of Highway’ iaitu Perodua Myvi.