Oh! Gear

Foto Persona MC2 Dan Iriz Active Tersebar?

Published on

Proton telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Persona MC2 dan Iriz Active pada 5 Ogos ini. Walaubagaimanapun, terdapat foto bocor yang diperoleh bagi kedua-dua model versi dipertingkatkan ini tersebar. 

BACA : Proton Bakal Lancar Persona MC2 Dan Iriz Active 5 Ogos Ini!

Koleksi foto tersebut telah dikongsi oleh rakan pembaca portal Funtasticko sendiri yang bernama Akira Vac namun tidak menyatakan dari mana foto itu diambil. 

Sumber gambar: Funtasticko

Kalau korang tengok muka depan bagi kedua-dua model versi dipertingkatkan ini memang nampak kemas berbanding versi yang sebelum ini kan? Bukan tu je, logo Proton baharu juga dikenakan pada kedua-duanya.

Sumber gambar: Funtasticko

Untuk Iriz Active, jelas kelihatan yang Proton menggenakan bodykit gaya crossover seperti Axia Style, siap pakai rim 16 inci lagi! 

Sumber gambar: Funtasticko

Untuk interior, Persona versi baru ini kelihatan hadir dengan ruang dalaman hitam coklat yang lebih nampak premium manakala Iriz Active pula hadir dengan ruang dalaman hitam yang dipadankan dengan lining merah sekaligus buatkan ia nampak lebih sporty.

Sumber gambar: Funtasticko

Apapun, kita tunggu sehingga 5 Ogos ini untuk melihat secara langsung apa yang dipertingkatkan bagi kedua-dua model ini nanti.

Kredit: Funtasticko | Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version