Oh! Gear

Baru 2 Hari Guna, Perodua Alza Baru Terlibat Kemalangan

Published on

Baru saja Perodua Alza generasi kedua dilancarkan, tular foto satu unit kenderaan pelbagai guna (MPV) itu terlibat dalam satu kemalangan. Hurm, sayangnya..

BACA : Penantian Berakhir! Ini Rupa Perodua Alza 2022, Dijual Pada Harga Bermula RM62.5k

Menurut laporan Pandu Laju, kejadian dipercayai berlaku di Kampung Sungai Dua, Gemecheh, Negeri Sembilan dimana Perodua Alza tersebut telah bertembung dengan kereta jenama Hyundai.

Kalau korang lihat gambar yang dikongsikan, Alza itu telah remuk di bahagian depan. Terdapat netizen yang mengatakan bahawa pemilik MPV itu adalah seorang guru yang baru saja memilikinya sejak dua hari lepas.

Apapun, tidak dipastikan keadaan pemandu tersebut dan semoga semuanya baik-baik saja.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version