Pejam celik pejam celik! New York Fashion Week (NYFW) yang berlangsung sejak 9 September lepas akan melabuhkan tirai pada 14 November ini.
Dalam acara itu, penyanyi Malaysia yang telah mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna telah mencuri perhatian netizen apabila dia kelihatan berpelukan dengan penyanyi terkenal dari Indonesia, Afgan. Biar betul?
Menerusi IG Story Afgan, dia bersama Yuna telah hadir di NYFW dan saling bertegur sebelum berpelukan.
Di ruangan komen, ramai yang tidak menyangka dengan apa yang Yuna telah lakukan. Maklumlah, dah kahwin kan.
Netizen juga turut mengingatkan Yuna supaya jaga batas. Apa pandangan korang?