Di TikTok, viral rakaman video sedutan rancangan Indonesia’s Next Top Model menunjukkan seorang peserta teruja dapat belajar memotong kuku, menghiris bawang dan mencuci pinggan semasa menyertai pertandingan itu.
Pengakuan ‘jujur’ itu dibuat Audrey Bianca ketika Luna Maya selaku juri bertanyakan apakah perkara yang telah dipelajarinya sepanjang menyertai pertandingan Indonesia’s Next Top Model 2020.
Namun siapa sangka, jawapan yang diberikan gadis itu sangat mengejutkan sehingga Luna Maya tergamam.
Apa? Gunting kuku kaki kamu baru belajar? Emang kamu sebelumnya diguntingin gitu?
Lahir dalam keluarga yang senang, Audrey berkata sebelum ini semua kerja itu dibuat pembantu rumahnya.
Riak wajah Audrey yang teruja apabila menceritakan pengalaman baru itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Menurut mereka, mungkin bagi orang kebanyakan kerja-kerja itu adalah sangat mudah.
Namun bagi anak ‘level sultan’ seperti Audrey, itu adalah sangat membanggakan.