Oh! Artis

(Video) Kantoi Buat Video Call, Ameera Khan Ada Hubungan Istimewa Dengan Pelakon Indonesia?

Published on

Sebelum ini tular di media sosial mengenai influencer terkenal, Ameera Khan yang dikatakan telah menjadi kegilaan ramai jejaka di Indonesia.

BACA: Ameera Khan Tular Di Indonesia, Ramai Peminat Doa Dijodohkan Dengannya

Terbaru, satu video tular di TikTok menunjukkan Ameera sedang membuat panggilan video bersama pelakon negara seberang, Jefri Nichol. Uish, betul ke ni?

Hubungan istimewa Ameera?

https://www.tiktok.com/@rosixomar25/video/7215638953544781061?_t=8b2cSya8bOU&_r=1

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang personaliti media sosial, Rosix Omar menerusi akaun TikTok miliknya.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian netizen dan pelbagai spekulasi telah timbul mengenai hubungan antara mereka berdua.

Hm, agaknya apa hubungan antara diorang eh? Tapi, jangan buat tuduhan sendiri pula, kita doa yang baik-baik sahaja.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version