Oh! Artis

(Video) Ifa Raziah Dikecam Gelek Punggung Dengan Aliff Syukri, “Monyet Pun Tahu Malu”

Published on

Penyanyi dangdut Ifa Raziah seolah-olah tak lekang daripada kontroversi apabila sentiasa menjadi bahan kritikan netizen.

BACA: “Itu Antara Saya Dengan Tuhan” – Ifa Raziah Akan Pakai Tudung Bila Sampai Masanya

Kali ini, penyanyi itu dikecam gara-gara menari dengan gaya menggoyangkan bahagian pinggulnya bersama usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri.

Ruangan komen perkongsian video di Instagram dihujani komen netizen yang menyelar perbuatan tak senonoh itu. Netizen turut mengingatkan dua selebriti ini mengenai azab dan seksa kubur.

Menurut netizen, sebagai seorang selebriti dan orang yang sudah berumur, mereka seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada umum. Lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya sudah berkeluarga dan ada anak-anak. Malu oi!

Kredit: Instagram Ifa Raziah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version