Seperti yang kita tahu, pemain bola sepak terkenal, Gerard Pique dan pasangannya, Shakira telah berpisah selepas Pique dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Terbaru, pemain Barcelona itu kelihatan sugul sebulan selepas perpisahannya dengan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Waka Waka’ itu.
Kantoi dengar lagu Shakira dalam kereta
Tular satu video di Twitter memaparkan Pique mendengar sebuah lagu nyanyian Shakira ketika sedang memandu kenderaannya.
Gerard Pique has been caught listening to Shakira in his car. The superstar couple broke up last month after 12 years together.pic.twitter.com/Lp02edTaJ3
Pique yang baru sahaja selesai menjalani sesi latihan bersama kelab Catalan itu dilihat kantoi mendengar lagu berjudul ‘Inevitable’ nyanyian bekas kekasihnya yang berasal dari Colombia itu.
Berpisah pada Jun lalu
Untuk info, Shakira memaklumkan bahawa dia sudah berpisah dengan Gerad Pique pada Jun yang lalu.
Dukacitanya saya mengesahkan bahawa kami sudah berpisah. Untuk kesejahteraan anak-anak yang merupakan keutamaan kami, kami berharap anda menghormati privasi mereka. Terima kasih atas kerjasama anda.
Shakira dan Pique telah menjalinkan hubungan sejak tahun 2011 selepas mereka bertemu di set video muzik bagi single lagu ‘Waka Waka’ menjelang Piala Dunia 2010.