Video yang telah dimuat naik oleh Utusan TV itu berjaya mencuri tumpuan warga maya untuk melihat dan mendengar alunan suara oleh pengacara TV terbabit.
Bacaan Azwan Ali
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa gembira dengan penampilan baru Azwan Ali di bulan Ramadan ini. Tak kurang juga ada yang mendoakan selebriti itu kurang berkata-kata kesat dan ada juga yang memperbaiki bacaan tajwidnya.
Alhamdulillah, semoga Diva AA kita dapat terus beristiqamah.