Bahkan sebelum ini, pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi juga turut menyuarakan kebimbangannya melihat keadaan kesihatan Zamani yang sebelum ini dalam keadan baik-baik sahaja.
Pak Nil jumpa Zamani, serah sumbangan
Terbaru, Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil memuat naik satu video memaparkan keadaan terkini Zamani menerusi Instagramnya.
Menerusi perkongsiannya itu, Pak Nil turut memaklumkan bahawa dia telah melunaskan amanah orang ramai terhadapnya dengan menyerahkan sumbangan kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Gerimis Mengundang itu.
Keadaan terkini Zamani.
Amanah sudah Paknil sempurnakan. Terima kasih atas kepercayaan anda semua.
Zamani ucap terima kasih
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran yang dimuat naik Zamani menerusi Instagramnya, dia mengucapkan ribuan terima kasih terhadap Pak Nil dan semua peminat yang tidak henti-henti membantu serta mendoakan kesihatannya.
Terima kasih Pak Nil
Perkongsian Pak Nil itu mendapat respon dari rakan artis dan warganet. Rata-rata mereka memuji serta berterima kasih dengan pengacara nombor satu negara itu yang membantu mendapatkan sumbangan buat Zamani.