Sebut sahaja nama Aina Abdul, rata-rata warganet akan mengingati penyanyi bersuara lunak yang mempunyai cita rasa yang unik dalam segi style pemakaian.
Terbaru, peragaan Aina dalam rancangan Big Stage telah menjadi perhatian ramai kerana dikatakan telah mengganggu penonton di belakang. Hm, kenapa pula tu?
Baju Aina Abdul
Aina yang menyandang kerusi juri buat program realiti nyanyian tersebut telah tampil mengenakan persalinan serba hijau.
Namun, hijab yang dikenakan oleh Aina dianggap terlalu besar hingga mengganggu pandangan penonton di belakang.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet berasa terhibur dengan telatah penonton di belakang yang berasa kurang selesa akibat pemandangannya diganggu oleh hijab milik Aina Abdul.
Haih, sabarlah bang lepas ini kita tengok dekat TV sahajalah.