Penyanyi dan selebriti Bunga Citra Lestari (BCL) berkongsi momennya menyambut tahun baru bersama keluarga dengan menunaikan ibadah umrah.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, BCL meluahkan rasa syukur kerana dapat menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci bersama suaminya, Tiko Aryawardhana, anak tunggalnya, Noah, serta ibunya.
Alhamdulillah.. Umroh di malam terakhir di tahun 2023.. Thank you 2023, its been amazing.. Happy New Year .
Dalam pada itu, beberapa foto yang memaparkan BCL dan suaminya, memakai pakaian ihram dan bergambar bersama dengan Kaabah di latar belakang.
Difahamkan, pasangan ini telah bertolak ke Tanah Suci dengan menaiki pesawat kelas perniagaan yang juga diiringi oleh beberapa orang saudara mara.
Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga doa kalian lancar dan semua doa dimakbulkan,.