Pengacara dan pelakon terkenal, Awal Ashaari sebelum ini dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.
Pengacara itu bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Menjelaskan situasi sebenar yang terjadi, Awal menerusi sesi live di Instagram mendakwa dia dihalang masuk ke rumahnya sendiri untuk mengambil barang kerana ada tunggakan bayaran pengurusan rumah selama beberapa bulan.
Suami kepada pelakon, Scha Alyahya ini turut menafikan dakwaan menggunakan kekerasan atau melanggar palang pagar dengan kereta, sebaliknya dia hanya mengalihkannya menggunakan tangan.
Awal Ashaari bergambar dengan palang
Terbaru, Awal membuatkan orang ramai geli hati apabila bergambar dengan banyak gaya di hadapan palang (boom gate). Menerusi kapsyen itu, pengacara ini mengingatkan bahawa tiada palang yang ‘rosak’ ketika aksi itu dibuat.
Di ruangan komen, ada yang mendakwa #PalangChallenge yang dibuat pelakon ini seolah-olah memerli isu khianat yang sedang dikaitkan dengannya.
Ramai terhibur
Para pengikut termasuk rakan artis yang lain pula memberikan respon ketawa dan terhibur! Apa-apa pun semoga ada keadilan buat pihak yang benar untuk kes ini.