Tambahan, kontroversi pelakon itu juga menjadi hangat apabila perkahwinan kali ketiganya hanya dapat bertahan tiga bulan sahaja sebelum dirinya berpisah dengan bekas suami.
Jejaskan karier
Mak Wan juga mengakui bahawa kontroversi yang melanda dirinya itu sedikit sebanyak menjejaskan kariernya hingga tiada lagi sebarang tawaran berlakon diterima.
Hal ini menyebabkan dirinya menghadapi kesempitan hidup dan sering menerima mesej dari pelbagai pihak yang mahu menarik semula barang-barang yang belum dilunaskan hutang.
Kalau ada duit, ia akan digunakan untuk membayar hutang sampai saya dapat banyak mesej memaklumkan mereka nak tarik barang-barang yang dibeli. Setahun saya diuji sampai saya sudah tak mampu nak bayar semua hutang. Tapi kalau ada duit saya akan terus bayar, sampai macam itu sekali kesusahan yang saya alami.
Pelakon itu mendedahkan dirinya terpaksa berjimat cermat susulan perbicaraan mahkamah di Taiping dan bagi menampung kos perubatannya pada masa yang sama.
Dekatkan diri dengan Allah
Disebabkan dirinya tinggal sendirian, Mak Wan memaklumkan dirinya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti keagamaan bagi mengelak dari menghadapi kemurungan.vvvvvvv
Sekurang-kurangnya Allah tak tinggalkan Mak Wan. Allah masih bersama Mak Wan. Semoga Allah tak benci Mak Wan.
Pelakon itu juga memohon agar mana-mana pihak produksi sudi memberikan tawaran berlakon kepadanya demi menampung kelangsungan hidup dan kos ubat-ubatan.