Oh! Artis

“Takyah La Beria Sangat, Masing-Masing Nak Tunjuk Hebat” – Fizz Fairuz Sedih Dengan Nasib Anak Seni

Published on

Kami di Ohmedia turut bersimpati dengan kemalangan yang menimpa pelakon, Fasha Sandha yang tercedera agak teruk ketika menjayakan satu babak di set penggambaran drama ‘Anak Tuan’.

BACA: Tulang Mata Kiri Fasha Sandha Patah, Bebola Mata Berdarah Terhentak Bucu Katil Masa Shooting

Disebabkan kejadian ini, rata-rata rakan artis turut mendoakan agar Fasha cepat sembuh dan menjadikan apa yang berlaku ini sebagai peringatan kepada rakan artis lain untuk lebih berhati-hati.

Yang merana artis, inilah nasib anak seni…

Pelakon senior, Fizz Fairuz turut meluahkan perkara sama di Instagram miliknya yang melihat inilah nasib anak seni.

Allahu, acting takyah la beria sangat. Lakonan ada asasnya. Itulah dia, bila masing-masing nak tunjuk hebat. Inilah makannya.. 

Tapi malang tak berbau. Inilah nasib anak seni. KWSP, SOKSO, PERKESO takde. Seniman tak gerak pun dari dulu. Yang merana artis. Kena tanggung sendiri, kalau mampu, tak mampu, mereput dalam rumah. Faham-faham jelahh..

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version