Disebabkan itu juga, Bella telah menjalinkan hubungan dengan pelakon baru Muaz Zabir untuk membuatkan suami cemburu sekaligus menagih perhatiannya.
Kata Bella lagi, suaminya selalu tidak pulang ke rumah namun dia tidak pernah mendedahkan aib suaminya itu di media sosial.
Selama ini, dia menanggung segala derita seorang diri, sekali sekala dia meluahkan masalah rumah tangga kepada ibu mentua.
Ibu Aliff menasihatinya supaya husnuzon dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bella cuba menghadiri kelas mengaji al-Quran tetapi dia tidak boleh fokus.
I cannot focus. Hari-hari nak cari Alif dekat mana. Bella takut nak tengok GPS sebab takut tertahu sesuatu.
Kata selebriti kelahiran Sabah ini lagi, Aliff menunjukkan perubahan sikap yang ketara selepas shoot dengan Ruhainies.