Connect with us

Oh! Media

Tak Perlu Gaduh Balik Kampung Siapa, Tiz Zaqyah Umum Bakal Kahwin Dengan Kawan Setaman

Ohmedia tiz Zaqyah Kahwin

Oh! Artis

Tak Perlu Gaduh Balik Kampung Siapa, Tiz Zaqyah Umum Bakal Kahwin Dengan Kawan Setaman

Tiz Zaqyah umum bakal kahwin tahun depan.

Bakal menamatkan zaman bujang tahun hadapan, pelakon popular, Tiz Zaqyah memilih rakan lama yang dikenalinya sejak kecil.

Lapor Berita Harian, buat masa ini Tiz belum bersedia untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai tarikh nikah atau identiti kekasihnya.

“Senang tak perlu gaduh balik kampung mana” – Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Apa yang menariknya, kekasihnya itu adalah rakan yang tinggal di taman perumahan sama dan keluarga mengenali antara satu sama lain.

IKLAN

Kami kenal sudah lama, sejak zaman kanak-kanak lagi. Dia bukan orang industri, tapi adik kepada seorang pelakon. Kami tinggal di kawasan perumahan sama dan keluarga kami memang saling mengenali. Kalau raya nanti senanglah, tak perlu gaduh nak balik kampung siapa dahulu.

Tiz turut berkongsi bahawa hubungan mereka mula menjadi serius sejak setahun lalu dan keputusan untuk berkahwin dibuat selepas menyedari banyak persamaan antara mereka.

Hubungan lama berputik jadi cinta

Tiz Zaqyah

Pelakon drama Nur Kasih itu turut menambah bahawa dia akan membuat pengumuman rasmi apabila tiba waktunya dan berharap agar semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya serta pasangan.

Cuma buat masa ini saya belum bersedia mendedahkan identiti dirinya. Saya bimbang dengan penyakit ain.

Menurut Tiz, dia dan kekasih mula serius sejak setahun lalu dan perasan cinta datang secara semula jadi. Disebabkan sudah lama berkawan, mereka terus mengambil keputusan untuk berkahwin.

Pssttt! Selepas sekian lama menyepi daripada kisah peribadi, berita gembira ini pastinya menggembirakan peminat Tiz Zaqyah. Semoga segala urusan Tiz dan bakal suami dipermudahkan dan hubungan mereka terus diberkati hingga ke jannah.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas