Susulan itu, ramai netizen yang mengecam tindakan penyanyi berkenaan dan ada juga yang memintanya untuk berjumpa dengan pakar kerana bersikap sebegitu.
Tak kena sesiapa pun ludahan tu
Namun begitu, tular pula satu lagi video dimuat naik seorang pemuda di TikTok menunjukkan situasi yang sebenar melalui sudut yang berbeza.
Melalui video tersebut, rata-rata netizen mempertahankan vokalis kumpulan Hujan itu kerana tiada individu yang terkena ludahan Noh itu memandangkan penyanyi berkenaan meludah di atas pentas.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai selepas melihat situasi dari sudut yang berbeza.
Lepas tengok video ni korang rasa kena ke tak kena?