Oh! Artis

Syamsul Yusof Kongsi Video Perkembangan Terkini Di Instagram

Published on

Kita ketepikan hal rumah tangga yang dihadapi pengarah terkenal Malaysia, Syamsul Yusof sebab sudah pasti ramai yang tak sabar menantikan filem terbaru hasil sentuhan Syamsul iaitu, The Original Gangster.

Terkini, Syamsul di Intagram berkongsi satu video pendek menunjukkan suasana ketika penggambaran filem berkenaan yang dipercayai dilakukan sekitar Kuala Lumpur.

Dalam perkongsian itu, Syamsul turut senaraikan pelakon-pelakon hebat tanah air yang akan dapat kita lihat dalam filem ini iaitu, Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Rosyam Noor, Shaheizy Sam, Sofi Jikan, Syamsul Yusof sendiri dan sudah tentu pelakon terkenal Indonesia, Yayan Ruhian.

Camera rolling!! #theoriginalgangster #OG

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version