Bukan hanya usahawan kontroversi Malaysia tapi Spiderman pun sekarang tengah alami masalah mental. Perkara itu dapat dilihat selepas bintang Spiderman, Tom Holland memadam akaun sosial media miliknya.
Tindakannya itu mengejutkan peminat dari seluruh dunia yang kini sudah tidak dapat lagi mengikuti perkembangan pelakon kegemaran mereka.
Memetik laporan mStar, Tom Holland mengakui dia mengalami masalah mental akibat terlalu banyak baca berita tentang dirinya.
Instagram dan Twitter buatkan Tom Holland mental
Saya mahu berehat dari sosial media kerana masalah kesihatan mental. Saya dapat Instagram dan Twitter terlalu merangsang pemikiran dan apabila membaca tentang diri sendiri ia memberi kesan mudarat ke atas kesihatan mental.
Disebabkan itu, Tom ambil keputusan untuk undur diri dan memadam semua aplikasi sosial media miliknya. Itulah apa yang dilakukan Aliff Syukri sekarang kan? Huhu…