Bella Astillah sebelum ini mendedahkan suaminya, Aliff Aziz pernah curang dengan adik kandungnya sendiri, Eriqa Astillah.
Pendedahan itu sememangnya mengejutkan dan rata-rata netizen mula mencari siapakah Eriqa ini.
Netizen Malaysia ni memang pantas benda-benda macam ni dan mereka pun sudah menjumpai laman sosial milik Eriqa yang tidaklah begitu aktif. Bagaimanapun, jumlah pengikut Eriqa tetap bertambah sejak pendedahan hari tu.
Apa yang lebih menarik perhatian, Eriqa turut meletakkan bio yang meminta orang ramai tidak mengikuti akaunnya kerana dia merupakan seorang pendosa.
A sinner. Pls unfollow this acc tq. – Tulis Eriqa.
Sebelum ini, seorang individu yang dipercayai ahli keluarga Bella turut meluahkan rasa kecewa terhadap Bella yang membuka aib keluarga.