Oh! Artis

“Sebelum Jadi Datin Tak Seksi Sangat” – Pakai Baju Nampak Belakang, Intan Najuwa Dikritik

Published on

Pelakon kecil molek, Datin Intan Najuwa menjadi perhatian netizen selepas tampil dengan imej seksi. Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon ini dilihat hadir bersama suaminya ke sebuah acara jenama barang kemas terkenal.

BACA: “Jangan Memandai” – Naik Kereta Ada Stiker ‘KHAS’, Intan Najuwa Nafi Vellfire Milik Kerajaan

Pelakon yang bebas kontroversi ini dikritik kerana memakai pakaian yang menampakkan bahagian belakang badannya.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa terkejut kerana Intan jarang berpakaian sedemikian. Ada juga netizen menyindir berkata pakaian Intan Najuwa kini seiring dengan status sosialnya sebagai seorang datin.

Namun, ada mempertahankan pelakon ini berkata ada kain lapik berwarna kulit dipakai oleh Intan Najuwa di bahagian dalam.

Kredit: Instagram Intan Najuwa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version