Oh! Artis

“Saya Terima Hakikat Myra Binti Abdullah, Percaya Ada Rahmat Di Sebaliknya” – Halim Othman

Published on

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon sedang meningkat naik, Myra Natasya Abdullah mendedahkan identiti sebenarnya yang merupakan anak kepada pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman.

BACA: “Bukan Main Kipas..”, Anak Datang Jamu Selera, Chef Wan Sempat Perli Isu Kahwin Lari Ke Siam

Namun, pendedahan itu menimbulkan rasa hairan netizen berikutan Myra berbintikan Abdullah bukannya Halim. Menjawab kepada kekeliruan itu, Halim Othman mengakui perkahwinannya dahulu tidak didaftarkan di Malaysia.

Memang saya tak daftarkan perkahwinan di Malaysia, sebab rumah tangga itu dah tak aman dan saya bersama ibu Myra akhirnya membawa haluan hidup masing-masing.

Menurut Halim, belum sampai setahun hidup bersama pada 1994, dia dan bekas isteri sudah tidak tinggal sebumbung ketika Myra dilahirkan pada 1995.

Masa daftarkan itu memang bekas isteri letak nama bapa Myra, Abdullah sebab perkahwinan kami di Thailand berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia dan ia dianggap tidak sah.

Ketika itu, saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya, sebab tak mahu jadi ‘complicated’ dan dia akan terganggu.

Jelas Halim lagi, urusan penceraian diselesaikan di Thailand pada 1998 iaitu selepas Myra berusia tiga tahun. Pada tahun 1996 dan 1997 pula dia sangat sibuk dengan kerjaya.

Melihat anak berbintikan Abdullah, Halim tidak menafikan berasa kurang selesa dan tidak berpuas hati. Namun dia menerimanya dengan hati terbuka sekarang.

Tetapi, apabila dah tersedar sekarang, saya terimalah hakikat Myra binti Abdullah itu dan percaya ada rahmat di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah Maha Tahu.

Malah, bila mana saya fikir-fikirkan lagi, kadang-kadang nama ini apabila kita terima dengan ikhlas binti Abdullah itu mungkin ia juga membawa banyak tuah kepada Myra sekarang.

Pengacara otai ini berharap dengan penjelasan kisah hidup ini, mereka dapat ‘move on’ dengan kehidupan seterusnya. Hubungannya dengan ibu Myra kini juga semakin baik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version