Terbaru, Amar rupa-rupanya sudah lama meninggalkan dunia seni. Lakonan terakhir yang ditayangkan di televisyen adalah Perempuan Itu yang menjalani penggambaran pada 2021.
Punca berhenti berlakon
Pelakon ini nekad berhenti berlakon kerana mahu berubah. Dia sedar lakonan bukan lagi jiwanya selepas rasa bersalah memegang bahu heroin Perempuan Itu iaitu Mimi Lana.
Menerusi drama terakhir saya ada babak seolah-olah saya pegang bahu Mimi Lana dan walaupun tidak bersentuhan tapi saya betul-betul rasa bersalah.
Memang sebelum ini saya ada berlakon bersentuhan dan berpelukan dengan pelakon wanita tetapi sekarang saya mahu berubah.
Kata Amar, selepas penggambaran drama itu dia mula menolak tawaran penggambaran atau sebarang program tv yang memerlukan dia di depan kamera.
Selesa hidup sederhana macam orang biasa
Amar tidak menolak penghijrahan mendalami ilmu agama menyebabkan dia nekad dengan keputusan tersebut. Sekarang ini, Amar aktif berniaga dan langsung tak ada rasa rindu dengan dunia seni.
Kehidupannya kini lebih sederhana tanpa perlu memikirkan penampilan dan boleh makan di mana-mana je.