Sebelum ini, tular dakwaan dari netizen mengatakan pelakon Aprena Manrose, seperti memberi ‘hint’ untuk tidak bertudung lagi selepas berkongsi gambarnya hanya memakai hoodie dan topi sahaja.
Terbaharu, akters ini memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya berkata dirinya masih manusia biasa dan akui tidak lari dari melakukan kesilapan.
Bukan itu sahaja, Aprena juga berterima kasih kepada mereka yang sempat menegur kekurangan dirinya sebelum ini.
Saya hanya manusia biasa. Yang baik silalah ikut, yang tak baik dari saya ni jangan lah kome mengikut. Apa apa pun terima kasih menyayangiku seadanya, tegur karna sayang
Menjengah di ruangan komen, warganet turut memuji kecantikan aktres itu dan mendoakan agar dia sentiasa istiqamah dalam berhijab.