Menerusi satu hantaran Tweet, peminatnya meluahkan rasa kagum kerana baru dapat tahu Amelia rupanya bukan kaleng-kaleng.
Namun, ada pula komen negatif yang mengaitkan status ‘janda’ Amelia yang dulunya pernah berkahwin dan berpisah.
Menurut pelakon filem Pulau ini, dia okay je jika ada yang memandang serong kepadanya hanya kerana pernah berkahwin.
Tetapi dia kurang senang dengan panggilan ‘janda’ dan berpendapat tindakan memperlekehkan wanita harus dihentikan. Dah tahun 2023 kot?
Dia merupakan seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah, seorang model, pengacara TV serta penerbit dan ada pengalaman menari selama 27 tahun. Jadi melabelkan janda untuk merujuk kepadanya adalah sangat kurang ajar, katanya.