Connect with us

Oh! Media

“Sampai Bila Nak Naik Pentas Melawak” – Dah Lama Pasang Impian, Pak Ya Bakal Jadi Mutawif

Ohmedia pak Ya

Oh! Artis

“Sampai Bila Nak Naik Pentas Melawak” – Dah Lama Pasang Impian, Pak Ya Bakal Jadi Mutawif

Pelawak terkenal, Ilya atau Pak Ya memaklumkan dirinya bakal menjadi mutawif membawa jemaah menunaikan umrah dan haji di Mekah.

Memetik laporan mStar, Pak Ya berkata, dia sedang menjalani kursus khas dan perjalanan pertama dijadualkan pada Disember nanti.

Pak Ya

Namun, perjalanan pertama itu boleh dikatakan sebagai latihan sebelum dia bertugas sepenuhnya sebagai mutawif di sebuah syarikat.

IKLAN

Dah fikir lama tapi peluang tu tak ada. Bila dapat peluang ni, saya terus, “Okay, ini kali jadilah”. Sampai bila saya nak naik pentas, sampai bila saya nak melawak. Mungkin saya masih lagi melawak tapi dengan cara yang berbeza.

Impian Pak Ya sekarang ini adalah untuk bekerja sambil beribadah. Menceritakan dengan lebih lanjut, Pak Ya berkata impian itu bermula kerana dia dan isteri suka melancong.

Pak Ya

Tempat yang paling menenangkan bagi Pak Ya adalah Mekah dan Madinah. Jadi, dia dan isteri selalu mencari jalan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci lagi.

Saya dan isteri selalu bercerita pasal nak pergi Mekah buat haji. Saya dah cuba untuk merayu, tapi giliran saya buat haji tak sampai lagi. Di situlah timbul perasaan mahu mencari peluang apa cara sekalipun sementara saya masih sihat.

Pelawak ini melihat peluangnya untuk menunaikan haji lebih cerah apabila menjadi mutawif. Dia memang berniat mahu melakukan haji sebelum menutup mata.

Selain mutawif, pelawak ini juga sedang mengusahakan sebuah restoran yang diuruskan oleh anaknya di Saujana Utama, Selangor.

Ohmedia pak Ya

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas