Baru-baru ini, kecoh pendedahan seorang lelaki yang mendakwa hampir dihalau kapten kapal sebuah penerbangan baru selepas anaknya menangis tanpa henti dan tidak duduk diam.
Ada penumpang pesawat sama dakwa keadaan ketika itu terkawal sahaja. Pramugara bantu pujuk kanak-kanak menangis…
Salah seorang penumpang dalam pesawat sama bagaimanapun menafikan beberapa perkara yang menjadi viral. Katanya, keadaan ketika itu tidaklah seteruk yang digambarkan pengadu.
Penumpang ini turut mendedahkan kanak-kanak itu tidak lagi menangis selepas berjaya dipujuk staf kabin dan memakai tali pinggang. Penumpang lain kemudian sama-sama menepuk tangan atas tanda sokongan.