Oh! Artis
Saiful Apek Dedah Masih Tunggu Cerita Sebenar Dari Yassin Yang Masih Ditahan Di Arab Saudi
Pelawak terkenal, Saiful Apek mengakui rasa hampa apabila rakan seperjuangannya dalam kumpulan Senario, Yassin masih belum dapat pulang ke tanah air walaupun sebelum ini dijangka pulang sebelum Aidilfitri.
Menurut laporan mStar, Apek berkata yang terdapat beberapa prosedur rasmi yang perlu dilalui Yassin terlebih dahulu sebelum dibenarkan keluar dari Arab Saudi.
Saya pernah beritahu sebelum ini dia balik sebelum Aidilfitri tetapi ini melibatkan antara kerajaan. Ada beberapa masalah seperti visa dan dia juga perlu melalui satu lagi proses pemindahan.
Saiful Apek masih tunggu cerita sebenar dari mulut Yassin

Saiful Apek turut berkata, dia tidak sabar untuk mendengar sendiri kisah sebenar daripada Yassin tentang apa yang berlaku sepanjang berada di sana.
Setiap kali terima voice note dari dia, saya tak mahu tahu apa yang berlaku dan minta dia cerita apabila sampai di Malaysia nanti. Kita kenalah beri masa dia rehat dahulu.
Harap pulangannya akan tamatkan segala spekulasi

Pelawak senior itu juga berharap kepulangan Yassin nanti akan menutup segala spekulasi dan tohmahan yang timbul sejak berita penahanannya tular tahun lalu.
Untuk rekod, Yassin dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober tahun lalu kerana didakwa memiliki ganja.
Tuan badan lebih afdal untuk cerita apa yang berlaku. Apabila dia dibebaskan, mesti ada sesuatu yang kita tak tahu.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM