Oh! Artis

“Rezeki”- Ibu Neelofa Syukur Restoran Banyak Masuk Order Tapi Dikecam Sebab ‘Sidai’ Rider?

Published on

Korang pernah kena sidai? Sidai ni sebenarnya satu perumpamaan baru menunjukkan seseorang itu terpaksa menunggu lama atau senang cerita tunggu orang yang tak tepati masa lah. Paling kerap kena sidai sekarang ni kalau kita lihat adalah mereka yang menjadi rider hantar makanan.

Ini apabila ada sesetengah restoran tidak dapat mempercepatkan perkhidmatan mereka sehingga menyebabkan rider terpaksa menunggu lama di luar. Kesannya, rider rugi masa, kekurangan pesanan dan pelanggan pun terima pesanan lambat.

Terbaru, melalui perkongsiaan satu video yang dimuat naik oleh Noor Kartini pemilik restoran di TikTok, dia menunjukkan suasana sekumpulan rider sedang menunggu pesanan di luar kedai.

@noorkartini66 Adek grab ni sabar je menunggu#fyp #fypシ ♬ original sound – Noor Kartini

Video TikTok

Di dalam video terbabit, ibu kepada Neelofa itu mengucapkan rasa syukur kerana restorannya mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai. Dia menjadikan rider yang ramai berkumpul itu sebagai tanda dia mendapat banyak pesanan.

Biarpun Noor Kartini rasa syukur dengan kehadiran abang-abang rider itu, apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang berbeza, dimana merasakan tindakan pemilik tersebut merakam pada waktu itu sama sekali tidak sesuai.

Lebih baik bantu siapkan order daripada rakam rider kena sidai…

Pada pandangan mereka, membantu untuk mempercepatkan servis lebih baik dari merakam, malah ada juga berpendapat sepatutnya pemilik harus memberi rider itu semua minuman percuma, memandangkan proses pembuatan makanan agak lambat.

Apapun kita harapkan agar nasihat dan cadangan untuk menambah baik perkhidmatan dari netizen ini boleh digunakan bagi memastikan perniagaan Noor Kartini lebih maju di masa depan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version