Oh! Artis

“Posting Hari Tu Bukan Buka Aib Keluarga” – Kakak Abang Viva

Published on

Disebalik hari bahgia perkahwinan Abang Viva bersama wanita pilihan hatinya, ada pula perkara kurang baik yang didedahkan kakaknya sendiri yang mendakwa perkahwinan itu tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

BACA: Keluarga Tak Setuju Dengan Pilihan Abang Viva, Dedah Kakak ‘Remove’ Dari Group Whatsapp

Abang Viva dalam satu kenyataan kemudian menafikan perkara itu dan meminta ruang untuk mereka selesaikan masalah keluarga ini secara tenang dan tertutup.

Pendedahan sebelum ini bukan buka aib keluarga…

Pendedahan Fauyizah Omar itu bagaimanapun telah dipadam atas permintaan adiknya. Rata-rata netizen juga tidak setuju dengan tindakan Fauziyah yang mendedahkan masalah keluarga kepada umum dan dituduh menyebarkan aib keluarga.

Ingin saya tegaskan di sini, posting tersebut bukan membuka aib keluarga. Tapi untuk pemakluman kepada golongan netizen yang datang rumah tak tentu masa mengganggu ketenteraman mak ayah saya tanpa mengira waktu.

Dalam posting tu saya mohon kepada semua tolong jangan tanya dan ganggu mak ayah saya. Itu sahaja.

Mak ayah diserang bertalu-talu. #kenapaBuatLiveTapiTaknakJumpaBerdepan?

Kredit: Facebook

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version