Connect with us

Oh! Media

Perkongsian Nubhan Mengenai ‘Amber Heard’ Undang Kecaman

Ohmedia anak Nubhan

Oh! Artis

Perkongsian Nubhan Mengenai ‘Amber Heard’ Undang Kecaman

Netizen menasihati Nubhan supaya tidak burukkan keadaan di tengah isu tuntutan hak penjagaan anak.

Penyanyi Nubhan kembali menjadi perhatian ramai selepas memuat naik satu perkongsian di Instagram Story yang tertulis hanya dua perkataan iaitu “Amber Heard”.

Walaupun kelihatan ringkas, hantaran itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang mengaitkannya dengan situasi rumah tangga Nubhan bersama bekas isteri, Dr. Fie Tawfek.

BACA: Nubhan Tuntut Hak Penjagaan Penuh Dan Interim Tiga Anak Di Mahkamah Syariah

IKLAN

“Apa pun dia ibu kepada anak-anak awak”

Malah, ada seorang netizen berkongsi semula di aplikasi Thread meluahkan rasa kecewa dengan hantaran yang dibuat Nubhan.

Nubhan

Komen tersebut turut menasihati Nubhan agar tidak melibatkan emosi ketika berdepan isu peribadi dan mengingatkan tentang keperluan anak-anak terhadap kasih sayang seorang ibu.

Please janganlahhh kesian anak-anak. Dah divorce jaga anak je sama-sama. Awak pun hidup masih perlukan seorang emak kan, macam tu lah anak-anak awak tu.

Rata-rata netizen berpendapat perkongsian “Amber Heard” itu seolah-olah memberi bayangan sindiran terhadap seseorang dan meminta Nubhan untuk tidak memperkeruhkan keadaan.

Dalam masa yang sama, ramai turut mendoakan agar isu tuntutan hak penjagaan anak antara Nubhan dan bekas isteri dapat diselesaikan dengan baik demi kebaikan anak-anak mereka.

Pssttt! Walaupun tidak menyebut kepada siapa gelaran itu diberi, peminat merasakan ianya tidak profesional di kala Nubhan berdepan konflik rumahtangga kan. Apa-apa pun kita doakan semoga urusan mereka dipermudahkan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas