Oh! Artis
Percutian Ke New Zealand Raih Perhatian, Khairul Aming Dedah Kos Yang Dihabiskan
Usahawan dan content creator terkenal, Khairul Aming baru-baru ini telah bercuti ke New Zealand bersama dua orang rakannya.
Semasa percutian itu, beliau sempat merakam momen-momen memasak di pelbagai lokasi menarik sekitar New Zealand. Sambil memasak sambil tengok pemandangan, best sangat kan?
Ketika ditanya mengenai kos yang telah dilaburkan untuk percutian tersebut, Khairul Aming menjawab cecah RM80,000.
Ujarnya, kos mahal kerana mereka banyak menghabiskan duit untuk penggambaran memasak antaranya memilih lokasi penginapan yang mewah, barang mentah dan sebagainya.
First of all, please understand I pergi sana banyak habiskan dekat shooting. Saya kena ambil homestay yang lawa, makanan kena beli yang mahal-mahal. Lepastu banyak benda kami booking last minute. So total kita orang spend 3 orang dalam RM80,000.
Katanya lagi, kalau korang pergi bercuti sendiri tak sampai RM80,000 pun tau. Difahamkan, penjelasan itu dibuat ketika Khairul Aming bersiaran langsung di TikTok. Ianya telah dirakam dan dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @khairulamingfans_
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM