Oh! Artis

Penyanyi Dan Pelakon, Aman Shah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Published on

Penyanyi dan juga pelakon, Aman Shah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.30 petang tadi di usia 68 tahun. Inna lillahi wainna ilayhi rojiun.

Menurut laporan Harian Metro, Allahyarham yang popular dengan lagi Kepulangan Yang Dinanti itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung. Sebelum ini, Allahyarham telah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak minggu lepas lagi.

Jenazah dijangka akan dikebumikan hari ini. Takziah diucapkan buat ahli keluarga dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version