Kemelut rumah tangga pasangan pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof yang dikatakan hampir musnah disebabkan kehadiran orang ketiga dilihat masih lagi belum selesai.
Terbaru, Puteri Sarah menimbulkan tanda tanya selepas memuat naik beberapa hantaran di Insta storynya yang seakan memberi bayangan bahawa telah berlaku sesuatu ‘perkara’ dalam perkahwinannya.
Difahamkan, sesuatu ‘perkara’ yang didakwanya telah terjadi itu ialah perkahwinan di antara suaminya juga Ira Kazar. Uih biar betik ni gang?
Perkara itu disahkan sendiri oleh Puteri Sarah yang memuat naik hantaran mesej dihantar oleh seseorang individu yang mendakwa perkara tersebut telah pun terjadi kepadanya.
Akak, my friend bagitahu Ira Kazar tu dah married to your husband.
Lebih mengejutkan, Puteri Sarah seakan memberi bayangan bahawa ‘perkara’ tersebut berlaku sehari selepas dirinya melahirkan anak perempuannya, Sumayyah.
Apa-apa pun, kita harap agar adanya jalan penyelesaian bagi kemelut rumah tangga kedua selebriti ini.