Oh! Artis

Penduduk Bangi Bantah Poster Korset Artis Wanita Nampak Macam Pakai Bikini

Published on

Bagi mereka yang duduk di sekitar Bandar Baru Bangi, mesti perasan poster besar yang dinaikkan di hadapan kedai Jovian yang menunjukkan 8 orang selebriti sedang menggayakan pemakaian korset di bahagian luar baju. Kalau pandang sekali imbas, memang nampak macam pakai bikini.

Penduduk setempat Bandar Baru Bangi kemudian bersepakat untuk membantah tindakan Jovian kerana poster berkenaan dilihat mempunyai unsur soft pornography.

Berdasarkan perkongsian Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Twitter, mereka senaraikan beberapa sebab bantahan ini dilakukan:

1. Kerana merendahkan kemuliaan wanita dan imej pakaian dalam wanita tak sepatutnya ditayang di tempat awam.

2. Mempromosikan soft pornography. Korset berwarna kulit itu membuatkan ia seolah-olah 8 orang wanita berbikini.

3. Melanggar kesopanan apatah lagi ia berdekatan dengan sebuah masjid dan Pejabat Khidmat ADUN Sungai Ramal, YB Mazwan Johar.

Pihak ISMA turut membuat tinjauan ringkas di Facebook Bandar Baru Bangi Community (BBBC) dan mendapati lebih 300 orang penduduk tidak bersetuju dengan poster yang digunakan.

Tuntut turunkan poster

Semua sebab ini dikumpulkan pihak ISMA dan dihantar terus kepada pihak Jovian dan menuntut agar mereka menurunkan poster terbabit dan hanya meletakkannya di dalam premis sahaja untuk pelanggan wanita.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version