Oh! Artis
Peminat Terserempak Dengan Eyka Farhana Sedang Lakukan Ini Undang Perhatian Ramai
Seorang pengguna media sosial, Nik Mastura, berkongsi pengalaman manis terserempak dengan pelakon jelita, Eyka Farhana, di surau Lapangan Terbang Changi, Singapura.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah sikap Eyka yang tidak mengabaikan solat walaupun sedang dalam perjalanan dan berada di tempat awam.
Selamat pengantin baru Eyka Farhana. Eyka ni dah la cantik, jaga solat pulak.
Eyka Farhana Solat Jamak di tengah kesibukan
View on Threads
Menurut Nik Mastura, Eyka kelihatan menunaikan solat jamak qasar Zohor, dan kemudian ke belakang sedikit untuk solat sunat. Satu tindakan yang cukup menyentuh hati.
Masha-Allah, keluar surau, saya beranikan diri tegur Eyka.
Eyka juga disifatkan sebagai sangat peramah dan mesra melayan permintaan peminat untuk bergambar.
Netizen kagum, doakan Eyka terus istiqamah

Ruangan komen penuh dengan pujian dan doa daripada netizen yang turut pernah bertemu Eyka. Ramai mengagumi keperibadian pelakon Budak Tebing itu yang lemah lembut dan sopan santun.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar Eyka terus diberi hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna dan kekal istiqamah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM