Oh! Artis

“Peah Singa Datang Rotan Baru Tau” – Isu Nafkah Isteri Pertama, Miera Leyana ‘Sound’ Netizen

Published on

Nama pelakon, Miera Leyana menjadi bualan ramai selepas suaminya, Rosland Othman didakwa tak memberikan nafkah anak dan menyekat panggilan serta pesanan mesej yang dihantar isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.

BACA: Sekat Nombor Telefon, Suami Miera Liyana Didakwa Tak Bayar Nafkah Isteri Pertama Selama Setahun

Susulan itu itu, orang ramai mula menyerang di Instagram Miera Leyana yang merupakan isteri kedua kepada Rosland Othman. Netizen meninggalkan komen kecaman tak menyangka suaminya sanggup menganiaya isteri pertama selepas bernikah baru.

Lama mendiamkan diri, pelakon itu dilihat memuat naik klip lakonannya dalam drama Peah Singa di mana dalam drama itu dia melakonkan watak wanita garang yang ditakuti ramai.

Peah singa datang rotan baru tau

Bersama rakaman itu, Miera bersecara berseloroh menulis mahu merotan dan sedang memerhatikan segelintir netizen yang rancak mengkritiknya.

Pelakon ini turut menyertakan emoji orang ketawa dan singa merujuk kepada wataknya di dalam drama itu.

Kalau siapa-siapa yang pernah menonton cerita komedi itu, Peah memang seorang yang garang sampai penduduk kampung pun takut dengannya.

Instagram dibanjiri komen netizen

Kredit: Instagram Miera Leyana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version