Dalam hantaran yang dibuat di Instagram itu, Norman mengimbau kenangan 9 tahun lalu di mana Marissa menulis ‘surat cinta’ ibu bapanya.
Bukan setakat comel, surat itu membawa maksud yang mendalam apatah lagi ianya ditulis seorang anak yang baru berusia 10 tahun.
Mama & Mummy pun dapat surat sorang satu dari Adik. Hilang segala belenggu lelah bila dapat surat ni dari Adik. Abah masa tu baru ‘salam perkenalan’ dalam keluarga kita. Sampai hari ni surat ni masih tersimpan kemas dalam file hardcopy & softcopy papa.
Tulis Norman lagi, masih segar di fikirannya kenangan 19 tahun lalu di mana dia menyambut kelahiran Marissa di dalam kereta.
Selebriti ini turut menzahirkan rasa kasihnya terhadap Marissa yang takkan pernah berubah walau apa yang berlaku. Katanya, hanya mati sahaja yang dapat memisahkan mereka.
Papa sayang Adik, sayang Aslam & sayang Umisya. Semua anak-anak papa jugak. Ujian hidup kita berbeza. Doa papa buat kalian tak pernah putus. Allah hadirkan hujan, ribut & taufan sebab Allah nak mengajar kita tentang bersyukur dalam tangis & sujud semasa hadirnya pelangi nanti. Percaya & yakin waktu itu akan tiba.
Lebih mengharukan apabila Norman menitipkan doa buat Marissa, Aslam dan isteri pertama Aslam iaitu Umisya.