Oh! Artis

Pakai Tudung Tapi Posing Mendada, Pelakon Wanita Ditegur Peminat, “Nasi Lemak Tunjuk Siapa?”

Published on

Pelakon wanita sedang meningkat naik, Hannah Delisha ditegur peminat gara-gara memuat naik foto yang dikatakan terlalu mendada.

BACA: Hannah Delisha Mengaku Susah Nak Istiqamah Kerana Iman Turun Naik

Menerusi foto tersebut, pelakon kelahiran Singapura ini dilihat memakai sweatshirt berwarna hitam dan selendang yang dililit di bahagian leher.

Gaya ringkas Hannah itu bagaimana pun tak disenangi segelintir peminat apabila ada yang menasihatinya supaya memakai tudung menutupi dada.

Setakat ini, tiada sebarang respon atau komen balas yang diberikan pelakon Andai Itu Takdirnya ini. Terdahulu, Harian Metro melaporkan pelakon ini mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah selepas mengambil keputusan untuk berhijab tiga tahun lalu.

Kredit: Harian Metro | Instagram Hannah Delisha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version