Oh! Artis

“Pakai Baju Kurung Pun Orang Kata Seksi” – Nadia Brian Terbuka Terima Teguran

Published on

Pelakon cantik, Nadia Brian sememangnya dikenali ramai kerana segelintir daripada netizen menganggap dirinya sebagai seorang wanita yang berimej seksi.

BACA: Nadia Brian Gayakan Busana Nampak Lurah Sambil Menari Undang Kecaman Netizen

Tidak cepat melatah, Nadia memaklumkan bahawa dirinya menerima setiap kritikan daripada masyarakat sebagai pendorongnya untuk berubah.

Jadi lebih baik

Pelakon berusia 32 tahun itu mengakui menerima kecaman dengan hati yang terbuka dan meminta orang ramai untuk mendoakan dirinya berubah menjadi lebih baik.

Dari awal kemunculan orang kata saya sangat feminin dan seksi. Saya pakai baju kurung pun orang kata seksi. Seksi itu umum tapi mungkin sebab ada terdedah sedikit orang anggap itu seksi.

Nadia juga menambah bahawa dirinya berasa gembira kerana dapat menjadi diri sendiri dan akan sentiasa mencuba untuk memperbaiki dirinya.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version