Namun, baru-baru ini pelakon itu telah dituduh oleh segelintir netizen yang mendakwa dirinya telah duduk berdua-duaan dengan seorang lelaki dalam sebuah bilik hotel, eh betul ke?
Lelaki tak dikenali?
Menurut satu video yang telah dimuat naik oleh Tiz Zaqyah, pelakon cantik itu dilihat telah menghempaskan dirinya ke atas katil secara slowmo. Walau bagaimanapun mata tajam netizen dapat melihat kelibat seorang lelaki sedang menggosok baju bersebelahan katil tersebut.
Ini membuatkan sesetengah komen daripada netizen mempersoalkan kedudukannya yang hanya berdua-duaan dengan lelaki tersebut.
Tiz Zaqyah kemudian tampil dalam satu ciapan di Twitter menjelaskan bahawa bilik tersebut merupakan bilik mekap dan wardrobe tempatnya bersiap.
Haa, jadi netizen jangan cepat buat spekulasi tau.