Oh! Artis
Netizen Tegur Prince Syed Kongsi Video Isteri Free Hair Semata-Mata Nak Pertahankan Diri
Prince Syed kecewa difitnah keluarga mentua hingga periuk nasi terjejas.
Konflik pempengaruh, Prince Syed dan keluarga mentuanya semakin parah apabila masing-masing tampil dengan kenyataan di media sosial.
BACA: “RM20k Nak Beli Kereta Minta Aku, Emas Beli Shopee” – Adik Ipar Prince Syed Luah Rasa Terkilan
Terbaru, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman kecewa apabila dirinya diburukkan secara terbuka oleh adik ipar sendiri.

Prince Syed membuat panggilan video dengan isterinya mempersoalkan mengapa dirinya difitnah sedemikian rupa.
Terima kasih yang tuduh saya, terima kasih yang fitnah saya , terima kasih yang burukkan saya. Terima kasih yang aniaya saya. Terima kasih yang mereka reka cerita pasal saya. Terima kasih tutup pintu rezeki dan perniagaan yang saya bina untuk cari rezeki halal. Demi Allah, takkan saya maafkan dunia akhirat buat semua yang turuh saya macam-macam. Demi Allah hati saya hancur, demi Allah saya takkan ampun dan maafkan dunia akhirat dengan lontaran kata-kata yang sangat menyakitkan. Saya sepatutnya niaga LAKSA VIRAL di Melaka tapi organizer sampai mesej minta saya tarik diri kerana khawatir terkesan kepada semua peniaga lain.
Malah, periuk nasinya juga ditutup selepas penganjur tidak membenarkan Prince Syed berniaga gara-gara konflik ini.
Lebih mengejutkan apabila Syed berkongsi video memaparkan isterinya tidak bertudung ketika panggilan video dibuat.
Netizen menasihati Syed supaya menjaga aurat isteri meskipun cuba mempertahankan diri sendiri.



Terdahulu, adik ipar kepada Syed iaitu Ikhwan tampil mendedahkan situasi di pihaknya. Dia tidak menyangka abang ipar sanggup memasukkan ibu ke dalam lokap.
Tambahnya, selama ini keluarga mentua banyak membantu Syed dan isteri termasuk memberi pinjaman modal untuk memulakan perniagaan.
Namun, keluarga tidak menyangka Syed berubah dan membelakangkan keluarga mentua apabila Fatin dimasukkan ke wad.
Pssttt! Kadang-kadang bila emosi menguasai diri, semua perkara mudah diceritakan di media sosial. Tapi bagi Ohmedia, sebaiknya isu rumah tangga biarlah diselesaikan secara peribadi. Lagi cepat reda, lagi baik untuk semua pihak yang terlibat.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM