Oh! Artis

Netizen Tak Jadi Samakan Sophia Al Barakbah Dengan Ira Sebab Lawa Teruk!

Published on

Ketika ini, nama Sophia AlBarakbah masih menjadi sasaran hanya kerana menjadi heroin di dalam drama yang memerlukannya bergandingan bersama pelakon Aliff Aziz.

BACA: Pengarah Cerita Sikap Sebenar Sophia Al Barakbah Dan Aliff Aziz Ketika Penggambaran

Walaupun, isteri Aliff iaitu Bella Astillah tidak mendedahkan siapa pelakon wanita yang mengaku tersuka suaminya, netizen tanpa usul periksa terus menyerang Sophia dan menggelar pelakon itu sebagai ‘penyondol’.

Disebabkan isu ini seakan sama dengan apa yang dialami Syamsul Yusof, nama isteri keduanya iaitu Ira Kazar turut dikaitkan. Rata-ratanya mengatakan Sophia dan Ira Kazar boleh jadi ‘geng’ kerana menganggu rumah tangga orang lain.

Tak kesah Sophia jadi penyondol sebab cantik teruk!

Biarpun ramai yang mengecam, ramai juga yang seakan-akan tidak kisah jika Sophia menjadi ‘orang ketiga’ kerana kecantikan yang dimiliki.

Malah ada berkata jika wanita secantik Sophia menghampiri, iman mereka juga akan goyah dan barangkali tidak menolak godaan pelakon itu.

Apapun, soal samaada betul atau tidak Sophia orang yang dimaksudkan Bella masih tidak dapat dipastikan lagi sehingga hari ini.

Kalau jadi Aliff pun tak tahu nak pilih yang mana?

https://www.tiktok.com/@mayorayoraa/video/7194694572637752603

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version