Setelah pulang daripada mengerjakan umrah Disember lalu, pelakon Nelydia Senrose dikatakan sudah berhijab. Hal itu mula diperkatakan peminat menerusi akaun Instagram @nelydiasenrose.fans_.
Terbaru, pelakon ini nampaknya sudah mengesahkan penghijrahan itu apabila memuat naik foto beserta kapsyen bertanyakan gaya tudung yang sesuai untuknya yang berwajah bulat.
Meninjau ke ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat meluahkan rasa gembira dan teruja. Masing-masing memuji pelakon itu yang dilihat semakin cantik dan berseri-seri.
Para peminat juga tidak putus-putus menghantar video tutorial mengenai cara pemakaian hijab yang sesuai. Nelydia dengan itu sangat berterima kasih.
Kalau dah cantik tu, pakai macam mana pun cantik kan? Semoga Nelydia sentiasa istiqamah dalam bertudung.