Berita gembira itu diumumkan suaminya menerusi satu kenyataan media di Facebook. Dalam hantaran itu, pasangan itu meluahkan rasa syukur kerana segala urusan telah dipermudahkan.
Kini, Neelofa sedang berehat dan mereka sebagai ibu bapa melalui satu fasa yang sangat menggembirakan.
Assalamualaikum Muhammad Bilal bin Muhammad Haris
Di kesempatan itu, mereka mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas doa orang ramai sejak mereka mendirikan rumah tangga sehinggalah menimang putera pertama.
Tahniah diucapkan buat Neelofa dan Haris. Semoga Muhammad Bilal menjadi seorang yang soleh. Amin.