Terbaru, Puteri Sarah tampil memuat naik satu hantaran menerusi Insta storynya yang mendakwa Syamsul dan orang ketiga, Ira Kazar sudah pun berkahwin secara senyap di Thailand. Ah sudah…
Ramai yang tanya Sarah pasal ini, dan ada juga tak puas hati. Sebagai isteri, memang wajib taat suami tapi kita suka ke tiba-tiba tahu kahwin kat Thailand? Pastu tak mengaku?
Dalam pada itu, Puteri Sarah juga seakan mempertikaikan tindakan suaminya yang ingin menyaman pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM10 juta selepas dikatakan telah mengeluarkan satu fitnah mengenai berita perkahwinannya dengan Ira Kazar.
Apa-apa pun, nak saman JAWI itu betul-betul yakin ke? Jangan terbalik pula jadinya. Saya tanya je. Nak sambung makan popcorn kat Disneyland ni, popcorn sedap,
Wah nampak gaya macam makin panjang kemelut rumah tangga mereka berdua ni. Diharapkan agar segala urusan mereka dipermudah lah ya? Tak baik kalau suami isteri gaduh lama-lama ye tak?