Isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Red sebelum ini ada mempersoalkan tentang suaminya yang tidak menyebut kebaikannya kepada pihak media dalam satu temu bual sebelum ini. Datin Red turut mendedahkan dia turut sanggup menjual tanah pursaka untuk membantu Datuk Red.
Sedar tentang perkara itu, Datuk Red dalam satu video di TikTok menjelaskan secara penuh tentang situasi yang berlaku ketika bersama pihak media.
Datuk Red turut mengakui sepanjang lima tahun lepas, isteri pertama dan kedua banyak membantunya. Sebab mengapa nama Adira disebut adalah bagi menjawab soalan daripada wartawan secara spontan.
Bagaimanapun, Datuk Red mengakui semua ini datang dari silapnya sendiri dan memohon maaf kepada isteri pertama atas salah faham yang berlaku.
Di akhir video, Datuk Red turut berharap agar masalah keluarga yang dialami mereka tidak didedahkan lagi kepada orang ramai agar keadaan tidak menjadi lebih buruk. Niatnya hanya ingin mencari pekerjaan untuk menyara keluarga.